Bersama YDP MPP UiTM Shah Alam, Mohamad Haziq Sabri, Ngopi membincangkan suara mahasiswa terhadap isu semasa negara, khususnya cabaran kos sara hidup dan peluang pekerjaan. Perbincangan turut menyentuh mengenai masa depan pendidikan tinggi.
Mahasiswa kini berdepan isu kewangan, didorong oleh peningkatan inflasi makanan dan minuman. Dalam mendepani isu ini, pelajar mengambil inisiatif melalui kerja sambilan manakala MPP menyediakan bantuan seperti food bank dan career fair.
Haziq turut menegaskan bahawa perubahan perlu bersifat jangka panjang. Ini termasuk mengkaji semula silabus universiti bagi melahirkan graduan yang lebih berkualiti dan holistik. Mahasiswa adalah ejen perubahan negara.