Ngopi kali ini bersama Ady Faizal Adlin, membincangkan topik pelaburan Islam dan Sukuk, serta keraguan rakyat Malaysia mengenainya. Kami menjemput Dr. Noor Suhaida Kasri, Timbalan Pengarah dan Felo Penyelidik Kanan di ISRA Institute, untuk berkongsi ilmu mengenai topik ini.
Beliau merungkai perbezaan asas antara pelaburan halal dan konvensional, menekankan larangan Riba’ (faedah). Beliau menjelaskan keperluan transaksi jual beli atau perkongsian (Musyarakah) wajib ada dalam pembiayaan Islam bagi menghalalkan pergerakan wang.
Ketahui mengapa Islam menekankan pelaburan dalam aset yang boleh diukur (tangible), iaitu untuk mengelak ketidakpastian (Gharar). Fahami kelebihan Sukuk Runcit dan bagaimana pasaran Sukuk Malaysia menjadi rujukan dunia.