Usaha menerapkan seni kaligrafi tulisan Jawi dalam hasil karya seni batik Malaysia mampu memelihara sekali gus memartabatkan warisan budaya yang sangat berharga itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan berkata hasil karya tersebut, yang diperkenalkan oleh Indah Atelier menerusi koleksi Batik Jawi Calligraphy Collection, berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Saksikan bingkisan ringkas Channel 10 ketika berkunjung ke majlis pelancaran koleksi batik unik itu baru-baru ini.

Nak Lagi, Tonton Video-Video Ini...