Ngopi episod kali ini bersama hos, Adlin M. Zabri. Kami membincangkan Bajet 2026 yang dijadual dibentang pada 10 Oktober depan, meneliti cabaran ekonomi global dan kos sara hidup yang menekan.
Panelis Datuk Abd. Aziz Abu Bakar dan Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid membincangkan tumpuan dan keutamaan Belanjawan Madani yang keempat ini. Fokus perbincangan merangkumi reformasi percukaian, konsolidasi fiskal, dan langkah menangani isu subsidi bersasar.
Tonton kupasan pakar mengenai adakah Bajet 2026 akan bersifat mengembang, serta bagaimana kerajaan dapat mengimbangi perbelanjaan pembangunan dengan disiplin fiskal demi meningkatkan kesejahteraan rakyat.