Ada orang tengah boleh menguruskan pernikahan dengan mudah dan cepat. Ini sering memerangkap pasangan yang terdesak. Barangkali kerana itulah ramai menggunakan khidmat sindiket perkahwinan, yang anehnya didalangi oleh warga Malaysia sendiri.
Wakil Channel 10, Othman Mamat melakukan expose ini dan membongkar tawaran sindiket yang mencecah RM3,000 hingga RM5,000 bagi setiap pasangan yang memilih pakej nikah tanpa perlu hadir di pejabat majlis agama selatan Thailand.