Pengarah kejurulatihan beregu negara Rexy Mainaky percaya Herry Iman Pierngadi mampu mencipta kejayaan sama seperti dilakukannya sebelum ini, iaitu mengangkat lebih banyak beregu lelaki Malaysia menembusi kelompok 15 terbaik dunia.

Hampir empat bulan bersama Malaysia, jurulatih berusia 62 tahun itu sudah mula mencipta impak dengan membimbing juara dunia 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik muncul juara Kejohanan Badminton Asia di Ningbo, China, bulan lepas diikuti Terbuka Thailand pada 18 Mei.

Nak Lagi, Tonton Video-Video Ini...