Ini zaman teknologi dan genosida pun diselaputi oleh teknologi juga. Pembantaian warga Gaza dilakukan secara live streaming. Ini kali pertama perlakuan sedemikian dilakukan. Ada yang ditayangkan dengan irama muzik, dipersendakan kesedihan warga Gaza dan rakyat awam Zionis Yahudi merayakan pembantaian itu dengan menari dan berkonsert.
Barat dan penyokong Israel tidak boleh menafikan hakikat ini dalam era teknologi sekarang. Semuanya terbukti dalam TikTok, youtube dan pelbagai media sosial lain.
Berpuluh ribu warga Palestin terbunuh. Pelbagai penganiayaan dilakukan terhadap mereka. Kediaman hancur luluh. Semuanya tidak dapat diterima oleh mereka yang berfikiran waras.
Jenayah perang ini tidak boleh dibiarkan. Ia harus disiasat dan segala bukti dikemukakan.
Ikuti dokumentari menarik Al Jazeera mengandungi pangkalan data dan beribu-ribu bukti kerakusan dan jenayah Israel serta sokongan Barat ini.