Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) tahun lalu meningkat empat anak tangga dari kedudukan 61 pada tahun 2022, kepada 57 meliputi 180 negara.
Dalam usaha memerangi rasuah dan memperkukuhkan integriti, kita tidak boleh hanya bergantung kepada kerajaan dan sektor swasta. NGO dan masyarakat sivil mempunyai peranan penting dalam meningkatkan kesedaran, mendidik masyarakat, dan memantau pelaksanaan dasar kerajaan.