Krisis kewangan boleh berlaku kepada sesiapa dan pada bila-bila masa. Bertenanglah jika kereta anda ditarik walaupun bayaran ansuran tertunggak. Mengamuk sebagai tanda protes bukan jalan penyelesaian. Apatah lagi jika hilang sabar dan bertindak merosakkan kenderaan.
Channel10 menggariskan beberapa langkah seperti yang disarankan oleh pakar kewangan, Dr Azizul Azil Ahmad untuk menguruskan situasi ini.