Sesi Ngopi kali ini menampilkan Daniel Subramaniam dan Amirul Amin mengupas erti kemerdekaan serta identiti nasional Malaysia. Mereka membincangkan patriotisme anak muda, insiden bendera terbalik, dan cara membina semangat kebangsaan yang tulen.
Perbincangan turut menyentuh cabaran perpaduan akibat perbezaan sosioekonomi serta peranan sekolah vernikular. Panelis menekankan pentingnya memahami latar belakang hidup yang berbeza dan kesediaan individu untuk berinteraksi, mengikis kesenjangan sosial.