Ini idea Datuk Manja Ismail. Mini reunion GP Joran di kolam pancing RM3 Jugra, Banting, katanya. Zainuddin Ismail aka Umbai Prof Joran dan saya (Hanif Hadi) serta Datuk Manja bersama beberapa yang lain adalah pelopor GP Joran, yang satu ketika dulu sangat popular.
Peluang bersua muka dan memancing di kolam pancing itu tidak dilepaskan. Gurau senda dan usik mengusik macam dulu juga. Tangkapan ikan perkara kedua. Yang utama healing bersama kawan lama. Ikuti telatah kami dalam episod pertama segmen Gone Fishing Channel 10 yang dirakam oleh jurugambar kanan, Amizam Kunani.