Skuad kebangsaan Harimau Malaya berjaya mengembalikan maruah bola sepak negara apabila menang 4-0 mengalahkan Vietnam.
Sorakan gemuruh bergema di Stadium Nasional Bukit Jalil tatkala menyaksikan permainan yang mantap dipamerkan oleh pemain negara bagi perlawanan Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027.
Namun, ada hati yang berbelah=bahai melihat nama-nama yang agak asing membarisi kesebelasan utama Harimau Malaya. Adakah kita menang sorak, kampung tergadai disebabkan pemain warisan?