Bekalan elektrik dan air bersih memang tiada di kampung-kampung pada awal tahun 60an. Banyak kesukaran dialami oleh orang kampung. Anak-anak terpaksa belajar menggunakan cahaya pelita. Untuk mengaji al-Quran pada waktu malam pula mereka menggunakan jamong atau andang yang diperbuat daripada pelepah kelapa kering yang diikat.
Semua itu adalah kenangan zaman sukar tanpa elektrik. Namun kehadiran tenaga elektrik sesudah itu mengubah senario hidup di kampung. Banyak manfaat dikecapi. Itulah nikmat dunia moden. Terima kasih TNB.