Dalam episod Ngopi x CEO kali ini, kami menyelami inisiatif bantuan Gaza di Palestin, sebuah tragedi kemanusiaan paling parah dalam abad ini. Bersama Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Tuan Haji Zulkifli Wahijan, kami membincangkan penderitaan umat Islam di Gaza yang diganyang tentera Zionis Israel, mengakibatkan lebih 60,000 maut. Ini adalah genosid terancang yang tidak boleh diterima akal waras.

MCM, dengan pengalaman 20 tahun, terus menyalurkan bantuan meskipun berhadapan dengan sekatan dan kemusnahan aset mereka di Gaza. Beliau turut menjelaskan bagaimana Zionis bertujuan menyebabkan kebuluran di Gaza dengan menyekat kemasukan gandum. Inisiatif seperti “Sumud Nusantara” menjadi harapan baharu.

Nak Lagi, Tonton Video-Video Ini...