Tradisi keluarga “gila badminton” seperti Allahyarham Haji Sidek sudah tidak ada lagi. Untuk itu, zaman yang melahirkan ramai pemain badminton berkaliber itu harus diganti dengan satu sistem baru. Mantan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi berpendapat sistem pembangunan badminton di sekolah adalah jawapannya.
Pandangan panelis itu dipersetujui oleh mantan pemain nombor satu dunia, Roslin Hashim, yang berharap zaman gemilang badminton negara dapat dikembalikan. Abu Bakar Atan adalah moderator kali ini.