Ngopi (Ngobrol Pintar) episod ke-14 ini dihoskan Hamdan Ahmir. Episod ini membawakan Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Professor Dr. Azmi Hassan yang membincangkan perihal kemenangan Donald Trump dalam Pilihanraya Amerika Syarikat baru-baru ini.
Donald Trump itu kasar, semberono, angkuh dan suka mempamerkan dirinya kuat. Namun 70 peratus rakyat Amerika Syarikat tetap memilihnya sebagai presiden. Apakah pengundi Amerika tidak mahu pemimpin yang cerdik atau adakah mereka tidak guna akal?
Hakikatnya Trump kini adalah presiden dan tiga fokus utamanya ialah pemulihan ekonomi Amerika, penamatan perang di Timur Tengah dan Ukraine serta mengawasi China sebagai kuasa baru.
Ketegasan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam isu genosida di Gaza juga ada kesannya kepada Malaysia.