Demokrasi memerlukan partisipasi sedar dan pemahaman politik dari semua pihak. Ia bukan sekadar pertukaran pentadbiran, tetapi proses timbal balas yang menuntut disiplin diri dan literasi politik.
Dalam sesi Ngopi kali ini, Daniel Teoh bersama Fathi Aris Omar dan Megat Hanis membincangkan keberkesanan demonstrasi dalam demokrasi. Mereka menyoroti sama ada demonstrasi masih berguna sebagai alat menyuarakan permasalahan rakyat, serta kesan impaknya dalam konteks terkini.