Ngopi kali ini membawakan hos, Daniel Teoh yang menemubual YB Dr. Fahmi Ngah, EXCO Negeri Selangor bagi portfolio Agama Islam, Industri Halal, dan Infrastruktur Digital.

YB Fahmi berkongsi visi Selangor menuju negeri yang dipacu data (data-driven state). Perbincangan menyentuh reformasi digital, penggunaan AI, dan usaha memutihkan menara telekomunikasi untuk melancarkan infrastruktur digital negeri.

Kupasan mendalam diberikan mengenai inovasi Industri Halal (seperti Protokol Sertu Logistik) dan integrasi budaya digital dalam pengurusan agama. Ini termasuk rancangan pembangunan ‘Digital Mufti’ untuk membendung ajaran sesat.

Nak Lagi, Tonton Video-Video Ini...