Civil Society Organisation (CSO) jelas cuba menggunakan Asean untuk mencabar Perlembagaan Persekutuan. Menerusi dokumen bertajuk “Advisory Paper To The Chair of Asean 2015” CSO membentangkan cadangan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, nilai-nilai Islam serta kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera.
Lebih jelik ialah dokumen itu mahu pemisahan agama daripada negara, pelaksanaan undang-undang antidiskriminasi LGBTQIA+, ratifikasi ICERD dan dasar kewarganegaraan secara automatik tanpa tapisan.