Ngopi kali ini merungkai misteri di sebalik sokongan belia Melayu terhadap Perikatan Nasional (PN) pada PRU15. Laporan Iman Research “Orang Kita: Politik Pengiktirafan dan Kekecewaan” mendedahkan pendorongnya bukan isu Islamisasi atau konservatisme semata-mata, sebaliknya lebih kompleks.
Belia Melayu, terutamanya di negeri utara dan pantai timur, rasa terpinggir secara ekonomi akibat pembangunan yang tidak seimbang serta tidak diiktiraf dalam sistem demokrasi dan politik. Mereka berasa suara mereka tidak didengar dalam pembentukan dasar, hanya digunakan sebagai ‘voting bank’.
Faktor kekecewaan dan rasa tidak dihargai ini, ditambah dengan kecekapan PN menawan platform seperti TikTok dengan kandungan yang relevan, menjadi kunci utama. Fahami naratif sebenar di sebalik pilihan pengundi muda ini, bersama panelis, Aziff Azuddin.