Bolasepak negara perlukan penambahbaikan. Sudah sampai masanya untuk mereformasi pelbagai aspek termasuk pentadbiran dan pengurusan badan induk serta persatuan dan kelab bolasepak negeri. Ada saranan agar FAM dirombak dan diterajui oleh mereka yang berpengaruh dan punya rekod kejayaan seperti TMJ di Johor dan Erick Thohir di Indonesia. Perlukah?
Inilah antara perkara yang dibahaskan oleh dua pensyarah kanan UiTM, Dr Sadek Mustafa dan Dr Radzliyana Radzuwan. Pengulas dan pengkritik sukan, Rizal Hashim turut menghangatkan perbincangan.