Seperti biasa pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah pesta yang diraikan. Berbeza daripada parti politik lain, ia berlangsung riuh-rendah tetapi transparen. Apatah lagi dengan saingan bagi jawatan Timbalan Presiden di antara penyandangnya, Rafizi Ramli dan pencabarnya Nurul Izah Anwar.
Apa pandangan anak muda? Adakah ia melahirkan bibit perpecahan dalam parti atau perpaduan semakin utuh sesudah pemilihan, ibarat biduk berlalu kiambang bertaut? Hos Channel 10, Daniel Teoh mengajak dua anak muda, Izuan Kassim (Ketua AMK Selangor) dan Dharshinee Kumar (Ketua Biro Kesihatan Awam AMK Pusat) untuk membicarakannya.