Respon terhadap drama Bidaah pelbagai dan mengejutkan. Ada asatizah yang melenting dan menganggapnya penghinaan terhadap ulama khususnya simbol agamawan. Dari sisi positif, ramai yang menyokong drama ini dan menyifatkannya sebagai usaha membongkar ajaran menyimpang yang banyak berlaku di dunia nusantara.
Channel 10 mengundang Erma Fatima dan Pensyarah Pengajian al-Quran dan Hadis UIA, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin untuk mengupas drama Bidaah dalam segmen Ngopi Seni. Moderator ialah Datuk Manja Ismail.