Ada duit semua jadi. Kelab kaya tak perlu penajaan. Disebabkan kurang dana dan penajaanlah kemelut pasukan-pasukan negeri berlaku. Ada pasukan negeri bakal mengundurkan diri disebabkan masalah ini. Presiden Perak, Datuk Seri Azim Zabidi menganggap FC negeri terbeban dengan aspek pembangunan sedangkan ia sepatutnya dipikul oleh FA. Belanja hangus sebulan saja RM400,000.

Datuk Dr Pekan Ramli pula berpendapat dalam senario apa pun, hutang piutang perlu diselesaikan untuk keluar dari kemelut itu. Ikuti perbahasan menarik dua tokoh ini berkisar kemelut kewangan pembunuh pasukan bolasepak. Zainal Abidin Raof adalah moderator Channel 10.

Nak Lagi, Tonton Video-Video Ini...