Sertai kami dalam episod Ngopi kali ini untuk membincangkan hala tuju sukan negara yang sering menjadi perhatian. Meskipun Malaysia bakal mempunyai Bangunan OCM baharu di Bukit Jalil, persoalan besar tetap muncul: di manakah pingat emas Olimpik pertama negara? Kita telah menanti hampir 70 tahun sejak penyertaan Olimpik pertama pada 1956.

Wajarkah kita terus bergantung pada sukan yang sama? Perubahan strategi pembangunan sukan perlu dilakukan, daripada mencari atlet pelapis seawal usia muda hinggalah keberanian meneroka sukan baharu. Saksikan diskusi mendalam mengenai cabaran dan harapan sukan Malaysia di persada antarabangsa, bersama panelis, Datuk Dr. Pekan Ramli dan Mohd Sadek Mustafa.

Episod ini dihoskan Zainal Abidin Rawop.

Nak Lagi, Tonton Video-Video Ini...