Asean perlu sebulat suara menangani pelbagai isu serantau dan global walaupun ia tidak mudah dilakukan. Pakar geopolitik Profesor Dr Azmi Hassan percaya Malaysia sebagai pengerusi Asean mampu menentukan agenda pertubuhan itu dengan memastikan negara anggota bergerak senada dan bertindak dalam satu suara.
Moderator Channel 10, Saree Abdullah, turut bertanyakan ikhtiar Malaysia selaku tuan rumah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti AI, tenaga boleh diperbaharui, pelancongan dan penjagaan kesihatan.