Ngopi kali ini bersama hos, Abu Bakar Atan, dan dua pencinta sukan negara: Datuk Shapawi Ismail dan penganalisis sukan, Sadek Mustafa.
Fokus utama perbincangan adalah persiapan kontinjen negara ke Sukan SEA Edisi ke-33 di Thailand yang akan berlangsung pada Disember 2025. Adakah temasya ini masih relevan untuk hala tuju sukan Malaysia?
Dapatkan pandangan mendalam tentang kritikan terhadap Persekutuan Sukan SEA (SGF), cadangan menjadikan Sukan C sebagai ‘Sukma base’ bawah 21 tahun, serta kerisauan terhadap kurangnya momentum persiapan dan kegagalan menetapkan sasaran pingat Malaysia.