Sesi bual bicara eksklusif Ngopi bersama hos, Mohd Shah Abdullah dan panelis Tuan Haji Fouzi Singon, Setiausaha Agong NUTP, membincangkan polemik hangat revolusi pendidikan di Malaysia.
Isu utama yang dibincangkan adalah kerisauan guru terhadap saman akibat merotan, meskipun rotan masih relevan mengikut pekeliling. Beliau turut menyentuh kehilangan karakter murid yang berpunca daripada kegagalan institusi keluarga.
NUTP mendesak KPM membentuk Pasukan Pengurusan Krisis segera untuk menangani isu tular. Turut dibahas: pentingnya TVET bagi 100,000 calon tercicir 3M dan cadangan model 4 hari akademik, 1 hari pembinaan karakter.