Ini adalah anak-anak Gaza. Kami paparkan kisah-kisah mereka di channel ini untuk menggambarkan betapa kental jiwa dan semangat mereka dalam keadaan serba payah di sana. Dengan diancam kebuluran, ketiadaan air dan situasi mencekam, mereka masih berjuang untuk meneruskan kehidupan.
Mereka sedar yang banyak membunuh kanak-kanak di Palestin, khususnya di Gaza bukanlah penyakit tetapi tentera Zionis. Namun anak-anak ini sedar hidup masih diteruskan. Mereka tahu perlu berjuang. Terus berjuang.