Penduduk Temui Kepala Warga Emas Dibaham Buaya

SIBU: Kepala seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang, selepas dipercayai dibaham buaya ketika mandi di jambatan sungai berhampiran kediamannya di Kampung Siang-Siang Laut, Terusan, Lawas, petang Selasa lalu, ditemukan lewat malam semalam.

GISB: Lima Jam Baca 273 Pertuduhan

SHAH ALAM: Jurubahasa Mahkamah ambil masa lima jam untuk membacakan 273 pertuduhan pengubahan wang haram RM43.9 juta membabitkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) Sdn Bhd dan tiga bekas akauntannya, petang ini.

Air Mata Ratu Wusyu Merembas di Brazil

SEPANG: Air mata gembira ratu wushu negara, Tan Cheong Min gugur apabila dirinya menamatkan penantian enam tahun untuk kembali melakar kejuaraan di Kejohanan Dunia, membawa pulang dua pingat emas dan satu perak di Brasilia, Brazil, baru-baru ini.

KLIA Lapangan Terbang Kedua Tersibuk di Asia Tenggara

KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disenaraikan sebagai lapangan terbang kedua paling sibuk di Asia Tenggara, menurut data terbaru OAG Aviation, penyedia analisis perjalanan global yang berpusat di United Kingdom (UK).

Dewan Negara lulus RUU Pekerja Gig

KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025, melakar sejarah baharu dalam melindungi lebih 1.2 juta pekerja gig di Malaysia dan meletakkan noktah kepada era tiada perlindungan undang-undang terhadap golongan itu.

Jun Jao Kalahkan Zii Jia di Hong Kong

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia terpaksa akur apabila ditunjuk jalan keluar seawal pusingan pertama oleh rakan senegara, Leong Jun Hao di Terbuka Hong Kong.

Anwar Doa Politik Thai, Indonesia Segera Stabil

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kestabilan politik di Indonesia dan Thailand, dengan menegaskan perkembangan kedua-dua negara itu penting bagi perpaduan Asean serta hubungan dua hala Malaysia.

Kapal Sumud Nusantara Diserang Dron

KUALA LUMPUR: Sebuah kapal yang membawa peserta misi Sumud Nusantara dilaporkan diserang dron hingga menyebabkan kebakaran di Tunisia, dalam pelayaran menuju ke Gaza.

Harimau Malaya Kekal Rekod Tanpa Dibolosi

ISKANDAR PUTERI: Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski berbangga dengan kejayaan menumpaskan Palestin 1-0 pada aksi persahabatan Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, malam semalam.