Sukan SEA 2025: Agong, Raja Permaisuri Ucap Tahniah

KUALA LUMPUR: Kejayaan kontinjen Malaysia meraih keseluruhan 231 pingat pada temasya Sukan SEA 2025 mendapat pujian dan ucapan tahniah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Mahkamah Tolak Permohonan, Najib Kekal di Penjara

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching hari ini menolak permohonan semakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi memaksa kerajaan dan enam yang lain untuk melaksanakan Titah Adendum.

Australia Mahu Tingkat Pelaburan Tahun Depan

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Danielle Heinecke, berkata negaranya menyasarkan peningkatan dalam pelaburan dan perdagangan dengan Malaysia pada tahun depan.

FAM Didenda AFC Lebih RM50,000

KUALA LUMPUR: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mendenda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) AS$12,500 (kira-kira RM50,962) atas dua kesalahan yang dilakukan ketika aksi kelayakan Piala Asia menentang Nepal di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 18 November lalu.

Ganjaran Lumayan untuk Atlet Muay Thai

BANGKOK: Presiden Persatuan Muay Thai Malaysia (PMM), Datuk Shahnaz Azmi
mengumumkan ganjaran tunai peribadi sebanyak RM5,000 kepada setiap pemenang pingat emas sukan itu yang akan dikreditkan terus ke akaun mereka.

PNB Isytihar Agihan Pendapatan ASB 5.75 sen

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), mengumumkan pengagihan pendapatan 5.75 sen seunit untuk dana utamanya Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Krismas

KUALA LUMPUR: Diskaun tol 50 peratus daripada kadar tol biasa selama dua hari, iaitu pada 23 dan 24 Disember ini akan diberikan kepada pengguna kenderaan persendirian sempena sambutan Hari Krismas.

Memperkasa Ilmu Mobilegraphy Anak Muda

KUALA LUMPUR: Program MobileGraphy: Asas Shoot & Edit Photo/Video anjuran Persatuan Penduduk Saujana Utama 3 (PPSU3) bertujuan melatih warga setempat khususnya anak menguasai teknik asas dan lanjutan fotografi serta videografi menggunakan telefon pintar.