Tiada pemenang perang dagang

Perang dagang tidak menguntungkan sesiapa dan pergeseran dengan Amerika Syarikat tidak akan melahirkan mana-mana pemenang, kata Presiden China, Xi Jinping dalam satu kenyataan media.

Presiden China yang memulai kunjungan ke Asia Tenggara menyebut dasar perlindungan tidak akan menghasilkan apa-apa.

“Perang perdagangan dan perang teknologi yang bertentangan dengan trend sejarah serta peraturan ekonomi akan berterusan. Tetapi tiada siapa akan menang,” katanya.

Imbuhan RM163,715 untuk Aaron-Wooi Yik

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik bukan sekadar menjadi Raja Beregu Badminton Asia malah memenangi hadiah wang tunai RM163,715 selepas menjuarai kategori beregu lelaki di Kejohanan Badminton Asia di Ningbo, China, kelmarin.

Pasangan beregu negara itu menewaskan pasangan tuan rumah Chen Bong Yau-Liu Yi 21-19, 21-17 dalam perlawanan akhir untuk menamatkan kemarau 18 tahun negara dalam kategori berkenaan. Terdahulu pasangan China ini mengalahkan Nur Izuddin dan Goh Sei Fei.

Kalahkan Nepal 2-0/TMJ beri duit raya

Pemain, jurulatih dan staf sokongan Harimau Malaya diulit kegembiraan apabila bukan sahaja menewaskan Nepal 2-0 malah menerima duit raya daripada Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

Baginda berkenan memberikan duit raya kepada mereka sebagai tanda menghargai usaha dan dedikasi pemain, barisan jurulatih dan staf sokongan.

Majlis berlangsung di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam, Johor.

Tun Hakim Cipta Sejarah

Tun Ameerul Luqman al-Hakim Tun Hasnul Azam mencatat sejarah sebagai pemain boling negara pertama memenangi kejuaraan Jelajah Profesional Bowlers Association (PBA) di Amerika Syarikat.

Tun Hakim melakar sejarah itu apabila mengalahkan wakil Amerika Syarikat, Kevin McCune 269-227 dalam saingan akhir stepladder di National Stadium Reno, Nevada.

Target TMJ Buat Dollah Salleh & Zainal Abidin Hassan Di FAM, nombor satu Asia Tenggara.

Jangan berangan-angan terlalu tinggi. Kita harus ukur baju di badan sendiri. Barangkali itulah yang ingin dipesan oleh Tengku Mahkota Johor kepada pimpinan baru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) termasuk Naib Presidennya, Datuk Dollah Salleh dan exco Datuk Zainal Abidin Hassan.

Menurut Datuk Dollah, dalam kunjung hormat itu, TMJ menyarankan agar FAM menumpukan pada satu sasaran dulu, itu menjadi jaguh bolasepak Asia Tenggara.