Nahas FRU: 9 anggota meninggal

Polis mengesahkan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terkorban dalam nahas di Jalan Chikus-Sungai Lampam dekat Teluk Intan .

Ketua Polis Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkataa, lapan maut di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal di hospital. Lima lagi anggota cedera ringan.

“Semua yang maut dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat,” katanya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sayani Saidon pula berkata operasi menyelamat masih diteruskan dan beberapa anggota yang berjaya dikeluarkan sudah dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk dirawat.

Nakba 77: Berarak Untuk Keadilan

Jumaat ini, bersamaan 16 Mei, BDS Malaysia dan pelbagai NGO tempatan akan menganjurkan perarakan Protes Hari Nakba bermula dari Suruhanjaya Tinggi British ke Kedutaan Amerika. Protes Hari Nakba itu akan bermula dari jam 2.15 petang hingga 5 petang.

Nakba bermula pada tahun 1943 tetapi ia tidak pernah berakhir, 77 tahun penindasan dan 77 tahun perjuangan. Ia berterusan dengan setiap bom digugurkan, setiap rumah dirobohkan, setiap nyawa diragut di Gaza dan Tebing Barat.

Mereka akan berarak untuk menyatakan cukup pembunuhan beramai-ramai, cukup pembersihan etnik dan cukuplah berdiam diri.

Hakim Danish menang walaupun jatuh

Ini betul-betul menggila. Jatuh setelah berlanggar di pusingan awal, pelumba muda negara, Hakim Danish sempat bangkit untuk meneruskan perlumbaan. Bukan sekadar terus berlumba tetapi memotong pelumba lain satu-satu hingga menduduki tempat kedua di Rookies Cup Le Mans Race 2025.

Firma Jerman labur RM1 bilion di Johor

Syarikat automasi Jerman, Sick AG, melabur RM1 bilion melalui anak syarikat tempatan Sick Sd Bhd bagi membangunkan pangkalan pembuatan berteknologi tinggi di Senai Airport City, Johor.

Fasa pertama pembangunan secara berperingkat itu akan bermula dengan pelaburan RM280 juta menjelang 2026 dan akan meliputi kawasan 10 hektar.

Projek itu akan menumpukan teknologi sensor canggih untuk pasaran automasi antarabangsa.

Ini adalah antara projek besar Sick yang memberi impak tinggi di Johor dan akan membuka 2,500 peluang

Skuad utama MU ke Bukit Jalil

Manchester United (MU) berjanji akan membawa pasukan utamanya untuk perlawanan menentang Asean All Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil 28 Mei nanti.

AS tarik sekatan eksport cip AI/Berita baik untuk Malaysia

Rancangan Amerika Syarikat untuk menarik balik sekatan eksport cip AI sofistikated adalah berita yang sangat dialu-alukan dan menjadi berita baik bagi pemain-pemain industri semiconductor Malaysia.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Aziz, berkata pentadbiran Amerika sedang mengkaji perkara itu.

Bercakap kepada wartawan seusai melancarkan Malaysia Autoshow 2025 di MAEPS Serdang, beliau berkata pemain-pemain industri itu menyambut baik pengumuman bekenaaan.

Menurutnya, beliau menjangkakan butiran terperinci mengenainya akan diumumkan tidak lama lagi.

Trump halau warga Malaysia/Tawar imbuhan AS$1,000

Rakyat Malaysia dan negara asing yang tinggal secara haram di Amerika Syarikat ditawarkan AS$1,000 (RM4,268) untuk meninggalkan negara itu menerusi satu program amnesti.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) Amerika Syarikat baru-baru ini melancarkan program penghantaran pulang secara sukarela itu melalui aplikasi CBP One milik agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP).

Kerajaan Trump menawarkan bantuan kewangan dan dokumen perjalanan kepada mereka yang menetap secara haram di negara itu bagi memudahkan urusan pulang ke negara asal.

Pembantaian sistematik wartawan/Israel bunuh 213 petugas media.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengajak pertubuhan wartawan dan pekerja media menggembleng tenaga untuk mengutuk pembunuhan kejam dan sistematik wartawan Palestin.

Setakat ini, 213 wartawan syahid. Terbaru, penyiar dan penyunting berita, Nour Al-Din Matar Abdo terbunuh di kejiranan Al-Tuffah, timur bandar Gaza.

“Ini bukan lagi kerosakan sampingan tetapi pemusnahan terancang terhadap suara kebenaran, Wartawan, pengamal media dan kesatuan akhbar Malaysia perlu bangkit bersuara,” menurut kenyataan Mapim.

Nazir puji kerajaan Madani

Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan Asean (Asean-BAC), Tan Sri Nazir Razak, memuji pendekatan Malaysia menangani tarif Amerika Syarikat dan menyifatkan ia harus menjadi teladan kepada negara lain di rantau ini.

Menurutnya, kematangan diplomasi Malaysia dalam menangani isu tarif Amerika Syarikat melalui pendekatan yang tenang, perundingan berstrategi dan perancangan semula.

Nazir menekankan beberapa negara bertindak balas terlalu cepat terhadap isu tarif, yang boleh menggugat kepentingan ekonomi Asean.

Hakim Danish menang lagi.

Penunggang muda berbakat, Hakim Danish Ramli, 17 beraksi cemerlang di pusingan pertama Kejuaraan Dunia GP Remaja di Estoril, Portugal apabila menamatkan perlumbaan di tempat kedua .

Bekalan telur murah dipertingkat

Bekalan telur gred C akan ditambah agar pengguna dapat terus menikmatinya pada kadar harga murah walaupun subsidinya akan dimansuhkan 1 Ogos depan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata pengeluaran telur keluaran khas yang diperkenalkan Ramadan lalu mendapat sambutan menggalakkan.

“Kita akan tingkatkan pengeluaran telur khas yang harganya lebih murah. Pada Ramadan lalu, telur berkenaan dijual sepapan RM5,” katanya.

Menurutnya, libat urus berunding dan berbincang dengan pengeluar sudah dijalankan.