PM Anwar: GST Belum Sesuai, Ekonomi Rakyat Masih Belum Pulih

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan kerajaan masih belum bersedia untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ketika ini kerana ekonomi rakyat belum pulih sepenuhnya.
Israel biadab, khianat, gila: PMX

Langkah Iran membalas serangan biadab dan gila Israel adalah wajar demi mempertahankan hak dan kedaulatan negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia Madani Rakyat Disantuni Tema Hari Kebangsaan 2025

Malaysia Madani Rakyat Disantuni dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
Malaysia Pacu Usaha Perdagangan Tiga Hala Asean-GCC-China

Malaysia mencatat pencapaian penting dalam usaha memperkukuh kerjasama ekonomi serantau apabila berjaya memimpin perbincangan strategik dalam Sidang Puncak Asean-GCC-China, baru-baru lalu.
Kota Madani Siap 2027, Sediakan Kediaman & Kemudahan Rakyat Secara Holistik

Kota Madani yang menekankan kemudahan asas menyeluruh dan berpusat untuk kebaikan rakyat dijangka siap menjelang akhir 2027, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sidang Puncak Asean/Perkukuh Kerjasama Serantau

Sidang Kemuncak Asean ke-46 selama dua hari adalah platform terbaik bagi pemimpin-pemimpin Asean meneliti kemajuan rantau itu dalam tiga teras utama – politik keselamatan, ekonomi dan sosiobudaya.
Sidang itu menjadi medan utama bagi membincangkan isu serantau dan global yang semaki kompleks sepert isu Laut China Selatan, krisis kemanusiaan Gaza dan Myanmar, tarif perdagangan unilateral oleh kuasa besar, cabaran ekonomi digital dan rantaian bekalan.
Selaku pengerusi Asean kali ini, Malaysia memikul tanggungjawab penting dalam membentuk hala tuju Komuniti Asean yang lebih kukuh, inklusif dan berdaya tahan.
Fokus Malaysia ialah memastikan Asean kekal relevana, responsive berpaksikan rakyat selaras dengan wawasan jangka panjang Asean 2045.
Polemik Petronas-Petros selesai

Polemik membabitkan Petronas dan Petros selesai apabila Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak menandatangani deklarasi bersama.
Deklarasi itu mengiktiraf peranan kedua-dua syarikat dalam industri minyak dan gas negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan Petronas akan terus memainkan peranannya manakala Petros diiktiraf berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada Sarawak.
Kerjasama itu dijalankan mengikut lunas undang-undang persekutuan dan negeri.
“Petronas tidak tergugat dan Petros diiktiraf mengambil kira perkembangan baru dan kuasa yang diperuntukkan kepada Sarawak. Jadi persefahaman ini memastikan Petronas diteruskan dan peranaan Petros diiktiraf. Kedua-duanya berganding mengangkat martabat negara melalui industri minyak dan gas,” katanya.
Putin pelawa Agong lawat Russia

Presiden Russia, Vladimir Putin meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan jemputan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim untuk melawat Russia.
“Saya ada satu permintaan besar. Sampaikan salam hormat saya kepada Sultan Ibrahim,” kata Putin kepada Anwar seperti yang dilaporkan oleh Agensi Berita Russia (TASS).
Kami menantikan keberangkatan baginda ke Russia, katanya.
Dalam pada itu, Putin berkata Russia menjangkakan hubungan dengan Malaysia dan negara-negara anggota Asean akan terus berkembang.
Penerbangan KL-Moscow/Anwar minta Aeroflot sambung

Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa syarikat penerbangan Russia, Aeroflot menyambung semula penerbangan terus ke Malaysia untuk meningkatkan kesalinghubungan dana mengukuh rakyat dengan rakyat kedua-dua negara.
Selangor kaji haramkan vape

Kerajaan Selangor akan meneliti pengharaman penjualan kokok elektronik atau vape di negeri itu, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari.
Menurutnya, perkara itu bagaimanapun perlu dibincangkan Bersama Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri, Jamaliah Jamaluddin dan Jabatan Kesihatan negeri sebelum sebarang keputusan dibuat.
Cadangan untuk mengharamkan penjualan vape itu akan dibentangkan di dewan undangan negeri, katanya.
“Perkara ini bergantung kepada peraturan Persekutuan, kita akan dapat laksanakan cuma saya lihat ia perlu perbincangan bersama pihak berakaitan dan kalau ada keperluan kita buat. Saya perlu dapatkan keseluruhan fakta dan pandangan,” katanya.
Nazir puji kerajaan Madani

Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan Asean (Asean-BAC), Tan Sri Nazir Razak, memuji pendekatan Malaysia menangani tarif Amerika Syarikat dan menyifatkan ia harus menjadi teladan kepada negara lain di rantau ini.
Menurutnya, kematangan diplomasi Malaysia dalam menangani isu tarif Amerika Syarikat melalui pendekatan yang tenang, perundingan berstrategi dan perancangan semula.
Nazir menekankan beberapa negara bertindak balas terlalu cepat terhadap isu tarif, yang boleh menggugat kepentingan ekonomi Asean.
Bekalan telur murah dipertingkat

Bekalan telur gred C akan ditambah agar pengguna dapat terus menikmatinya pada kadar harga murah walaupun subsidinya akan dimansuhkan 1 Ogos depan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata pengeluaran telur keluaran khas yang diperkenalkan Ramadan lalu mendapat sambutan menggalakkan.
“Kita akan tingkatkan pengeluaran telur khas yang harganya lebih murah. Pada Ramadan lalu, telur berkenaan dijual sepapan RM5,” katanya.
Menurutnya, libat urus berunding dan berbincang dengan pengeluar sudah dijalankan.