Speedy Tigers Ketiga Terbaik Asia

KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki negara menutup kempen Piala Asia 2025 dengan menewaskan China 4-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga di Stadium Hoki Universiti Sukan Bihar, Rajgir semalam.

Jia Rong Raih Emas Keempat Wushu Dunia

KUALA LUMPUR: Atlet wushu negara Lee Jia Rong menampilkan aksi cemerlang apabila meraih emas keempat pada hari keempat Kejohanan Dunia ke-17 di Brasilia, Brazil semalam.

SARA: Jualan RM100 Juta Hari Ketujuh

KUALA LUMPUR: Hari ketujuh pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjalan lancar dengan jumlah jualan RM100 juta, membabitkan 1.7 juta penerima setakat 10.30 malam semalam.

Bangunkan Sistem Amaran Awal Gempa Bumi

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu membangunkan sistem amaran awal gempa bumi di seluruh negara melalui amaran mudah alih dan siren supaya rakyat mendapat maklumat tepat pada masanya dan boleh bertindak segera.

Mesin Padi Jatuh Sungai, 3 Selamat, Seorang Lemas

SANGLANG: Seorang lelaki dikhuatiri lemas manakala tiga selamat selepas sebuah mesin padi terjatuh ke dalam sungai di Kampung Sanglang, berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanglang ,di sini semalam.

Khidmat Hawk Tamat Berfasa Mulai 2027

KUALA LUMPUR: Semua pesawat tempur ringan, Hawk 108 dan Hawk 208, akan ditamatkan perkhidmatan secara berfasa bermula 2027, selepas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerima dan mengoperasikan pesawat FA-50M dari Korea Selatan pada hujung tahun depan.

Malaysia, Belanda Perkukuh Kerjasama Semikonduktor

KUALA LUMPUR: Malaysia menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) dengan Belanda bagi menjalin kerjasama dalam industri semikonduktor, sekali gus mengukuhkan kedudukan negara sebagai hab global dalam sektor berkenaan.