Sidang Puncak Asean/Perkukuh Kerjasama Serantau

Sidang Kemuncak Asean ke-46 selama dua hari adalah platform terbaik bagi pemimpin-pemimpin Asean meneliti kemajuan rantau itu dalam tiga teras utama – politik keselamatan, ekonomi dan sosiobudaya.
Sidang itu menjadi medan utama bagi membincangkan isu serantau dan global yang semaki kompleks sepert isu Laut China Selatan, krisis kemanusiaan Gaza dan Myanmar, tarif perdagangan unilateral oleh kuasa besar, cabaran ekonomi digital dan rantaian bekalan.
Selaku pengerusi Asean kali ini, Malaysia memikul tanggungjawab penting dalam membentuk hala tuju Komuniti Asean yang lebih kukuh, inklusif dan berdaya tahan.
Fokus Malaysia ialah memastikan Asean kekal relevana, responsive berpaksikan rakyat selaras dengan wawasan jangka panjang Asean 2045.
Usah percaya Visa Mujamalah di media sosial

Tabung Haji menasihatkan orang ramai supaya mengawasi tawaran palsu Visa Mujamalah yang giat dipromosikan menerusi pelbagai platform media sosial.
Pengarah Operasi Pengelola Jemaah Haji, Anuar Ahmad berkata ia bagi menjamin kebajikan jemaah dan kelancaran ibadah haji.
Menurutnya, individu yang menerima visa itu disaran berdaftar dan mengikuti perjalanan haji melalui mana-mana 37 badan yang dilesenkan oleh Tabung Haji di Bawah Seksyen 28 Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).
“Jika Visa Mujamalah ditawarkan oleh syarikat atau individu yang bukan dalam senarai 37 itu, ia adalah risiko besar,” katanya.
Wei Chong-Kai Wun main lebih baik

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mengakui pasangan beregu lelaki ranking kelapan dunia, Wei Chong-Kai Wun bermain lebih baik berbanding mereka dalam perlawanan akhir Malaysian Masters 2025.
Harga RON95 tidak naik

Harga petrol RON95 tidak akan dinaikkan untuk rakyat negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, cadangan untuk menaikkan harga bahan bakar itu pernah dibentangkan di Kabinet namun beliau tidak bersetuju dengannya.
“Saya sedang fikirkan isu subsidi petrol RON95…ada yang minta harganya dinaikkan untuk rakyat. Namun saya tak setuju naikkan tetapi Harga petrol RON95 boleh diturunkan sedikit demi sedikit mengikut masa dan harga pasaran,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, Harga petrol untuk empat juta orang asing di negeri ini yang perlu dinaikkan.
Katanya, orang asing nikmati RM3 hingga RM4 bilion subsidi dan mungkin selepas ini nak beli petrol RON95 kena tunjuk kad pengenalan.
Nurul Izzah Anwar diumumkan sebagai pemenang jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau meraih 9,803 undi untuk menewaskan penyandang jawatan, Datuk Seri Rafizi Ramli yang meraih 3,866 undi. Keputusan rasmi itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, selepas selesai perasmian Kongres Nasional Keadilan 2025 yang berlangsung di Johor Bahru sebentar tadi.
Malaysia ke-10 paling aman

Malaysia dinobatkan sebagai salah satu negara paling aman di dunia, menduduki tangga ke-10 dalam Indeks Keamanan Global 2024 dan Laporan Risiko Dunia.
Di peringkat Asia, Malaysia berada di kedudukan negara kedua paling aman di belakang Singapura.
Pengiktirafan global itu dikongsi oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsuk Azri Abu Bakar dalam catatan Facebook beliau.
“Tahniah! Satu pencapaian yang sangat membanggakan,” tulisnya.
Martabat Bahasa Kebangsaan: PMX

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu Malaysia memberi penekanan terhadap penguasaan dan pemartabatan bahasa kebangsaan sebagai sebahagian daripada agenda pembangunan nasional.
Menurutnya, negara maju seperti China, Russia dan Jepun sudah membuktikan bahawa kemajuan dalam bidang ekonomi, teknologi dan digital tidak pernah mengabaikan bahasa dan sastera mereka.
“Sebaliknya bahasa dijadikan sebagai asas pembinaan jati diri dan tamadun,” katanya.
Beliau berkata, China sebagai contoh maju dalam bidang ekonomi dan teknologi tetapi tetap menakankan pendidikan karya klasik dalam Bahasa Cina seperti Mengzi di sekolah.
“Mereka mahu anak-anak kekal dengan identiti mereka dan tidak terjebak dan terpukau dengan karya asing yang mempengerauhi sikap dan jiwa anak muda,” katanya di majlis Pelancaran Hadiah Bahasa Public Bank-Dewan Bahasa dan Pustaka
TNB salur RM2.96 billion kepada rakyat

Lembaga Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengisytiharkan jumlah dividen 51 sen sesaham, tertinggi dalam tempoh empat tahun berjumlah RM2.96 billion.
Ini mencerminkan komitmen TNB meningkatkan nilai jangka panjang syarikat melalui pengurusan modal berdisiplin, operasi mantap dan pelaburan berfokus komuniti yang memberi manfaat kepada pemegang saham dan rakyat.
Ia juga sejajar dengan dasar dividen syarikat menetapkan kadar pembayaran manfaat kewangan langsung kepada jutaan rakyat Malaysia memandangkan lebih 60 peritus saham TNB dimiliki secara kolektif oleh syarikat berkaitan kerajaan.
Ini juga refleksi rekod konsisten TNB dalam mengekalkan pembayaran dividen pada tahap tertinggi dalam julat 30 peratus hingga 60 peratus sejak lapan tahun lalu.
Perak, Kedah gagal dapat lesen Liga Super

Harapan pasukan bolasepak Perak dan Kedah untuk bersaing di Liga Super berkecai apabila gagal mendapat lesen kebangsaan untuk beraksi musim depan.
Polemik Petronas-Petros selesai

Polemik membabitkan Petronas dan Petros selesai apabila Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak menandatangani deklarasi bersama.
Deklarasi itu mengiktiraf peranan kedua-dua syarikat dalam industri minyak dan gas negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan Petronas akan terus memainkan peranannya manakala Petros diiktiraf berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada Sarawak.
Kerjasama itu dijalankan mengikut lunas undang-undang persekutuan dan negeri.
“Petronas tidak tergugat dan Petros diiktiraf mengambil kira perkembangan baru dan kuasa yang diperuntukkan kepada Sarawak. Jadi persefahaman ini memastikan Petronas diteruskan dan peranaan Petros diiktiraf. Kedua-duanya berganding mengangkat martabat negara melalui industri minyak dan gas,” katanya.
Gajah masuk kawasan sekolah

Lebih 1,500 penduduk di Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar Chali, Gua Musang, Kelantan ketakutan apabila sekawan gajah liar semakin kerap memasuki kawasan sekitar penempatan itu.
Baru-baru ini, tiga ekor gajah itu menceroboh kawasan Sekolah Kebangsaan Chalil menyebabkan warga sekolah bimbang akan keselamatan pelajar, bangunan dan diri mereka.
Gajah-gajah itu merosakkan pintu pagar sekolah, pokok sawit, pisang dan kelapa.
Penduduk memohon agar gajah-gajah berkenaan dipindahkan dari kawasan itu. Jabatan Perhilitan sudah menerima laporan mengenainya.
Liga Eropah/Spurs 1 MU 0

Tottenham Hotspur menewaskan Manchester United 1-0 untuk memenangi Piala Eropah dalam aksi final. Ini adalah gelaran pertama Spurs sejak memenangi Piala Liga Inggeris pada 2008 dan kejuaraan Eropah pertama sejak 1984.