Zafrul peneraju baru BAM

Foto X Tengku Zafrul

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Aziz, dilantik sebagai presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) baru bagi penggal 2025-2029.

Zafrul menang tanpa bertanding, mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Tan Sri Norza Zakaria yang memilih untuk tidak mempertahankan jawatan itu.

Zafrul berkata, berikan beliau 100 hari untuk memahami selok-belok persatuan.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menyifatkan pemilihan Tengku Azfrul itu tepat untuk membantu BAM kerana persatuan itu memerlukan dana yang besar.