Wei Chong-Kai Wun main lebih baik

Foto BAM

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mengakui pasangan beregu lelaki ranking kelapan dunia, Wei Chong-Kai Wun bermain lebih baik berbanding mereka dalam perlawanan akhir Malaysian Masters 2025.

Wei Chong-Kai Wun menang 21-12, 15-21, 21-16 dalam perlawanan sengit yang memakan masa 50 minit, sekaligus menamatkan impian Aaron-Wooi Yik untuk mencatat gelaran kedua berturut-turut setelah menjuarai Terbuka Thailand .

Ini adalah gelaran kedua bagi Wei Chong-Kai Wun selepas mereka menjuarai Masters Indonesia Januari lalu.

Ia juga adalah kejuaraan sulung di tempat sendiri selepas beberapa kali mencuba termasuk terkandas di suku akhir pada tahun lalu dan naib juara pada 2023.

Dalam edisi Malaysia Masters kali ini, China borong empat gelaran.