
Skuad bolasepak kebangsaan Uzbekistan merayakan kejayaan sebagai negara Asia Tengah pertama layak ke Piala Dunia tahun depan selepas menewaskan Qatar 3-0 pada aksi terakhir peringkat kumpulan.
Kejayaan itu menjadi sejarah bagi skuad itu, yang sebelum ini gagal dalam tujuh percubaan.
Sebagai menghargai pencapaian skuad itu, Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev mengumumkan pemberian hadiah sebuah kereta kepada setiap pemain.
Skuad yang dikenali White Wolves itu sudah menjamin tempat ke Piala Dunia selepas terikat tanpa jaringan dengan Emiriah Arab Bersatu.