
KUALA LUMPUR: Hukuman FIFA tidak berasaskan undang-undang, itulah tanggapan
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan bahawa hukuman yang dikenakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Menurut TMJ, hukuman terhadap pemain-pemain terlibat tidak berasaskan undang-undang, malah dilihat bermotifkan politik.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi baginda, TMJ berpandangan FIFA tidak menggunakan peruntukan sebenar yang termaktub dalam Artikel 22 Kod FIFA.
Menurutnya, peruntukan itu dengan jelas menyatakan bahawa hanya individu yang memalsu atau menggunakan dokumen palsu boleh dikenakan tindakan, dan ia tidak terpakai kepada pemain berkenaan.
“FIFA terus menghukum pemain dengan tidak menggunakan peruntukan sebenar undang-undang, sedangkan Artikel 22 dalam kod FIFA menyatakan bahawa hanya mereka yang memalsu atau menggunakan dokumen palsu boleh dikenakan tindakan, dan perkara itu langsung tidak terpakai kepada pemain.
“Dengan kata lain, hukuman yang dikenakan ini tidak berasaskan undang-undang dan kelihatan lebih bersifat ‘bermotif politik’ berbanding sebab yang sebenar,” katanya.
TMJ juga memilih untuk terus berdiri teguh menyokong perjuangan pemain yang terkesan dengan keputusan itu.