
KUALA LUMPUR: Sesudah merobohkan tembok China semalam, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei longlai apabila berhadapan pasangan Thailand, Dechapol Puavarankroh-Supissara Paewsampran dalam perlawanan akhir hari ini
Tang Jie-Ee Wei yang berstatus juara dunia berjaya melangkah ke final Jelajah Dunia Super 750 itu buat kali pertama tetapi tewas straight set 8-21, 17-21 kepada gandingan ranking keempat dunia Thai itu dalam tempoh 38 minit.
Kekalahan di Arena Shenzhen itu sekali lagi menyaksikan gandingan Thailand itu terus menungguli rekod kemenangan mereka yang kini menjadi 4-1.
Set pertama menyaksikan Tang Jie-Ee Wei bergelut dengan pelbagai siri kesilapan mudah, menyaksikan mata mereka terpaku di angka 8 sebelum tewas teruk 8-21.
Ada peningkatan dalam set kedua bagi Tang Jie-Ee Wei , hasil dengan kedua-dua pasangan saling berbalas mata, hasil usaha gigih Tang Jie-Ee Wei untuk bangkit.
Namun, sekali pun berjaya mengejar rapat, kurang cermat pada saat-saat kritikal menyaksikan pasangan Thailand itu berjaya mengutip mata ke-11 terlebih dahulu dan akhirnya menamatkan perlawanan dengan kemenangan 21-17.
Kumbang badak Guam (Oryctes rhinoceros) juga dikenali Coconut Rhinoceros Beetle (CRB), sejenis kumbang besar yang menyerang pucuk muda pokok kelapa, sawit dan palma hiasan.