Sze Fei-Izuddin Terlepas 2 Gelaran

Foto BA Malaysia

Hasrat beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk mempertahankan kejuaraan Terbuka Jepun tidak kesampaian apabila mereka tunduk di tangan pasangan sensasi Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae pada aksi final.

Dalam perlawanan di Gimnasium Metropolitan Tokyo, pasangan nombor satu dunia itu tewas straight set 16-21, 17-21 dalam tempoh 38 minit kepada beregu Korea yang kini sedang berada pada prestasi terbaik mereka.

Selepas kehilangan set pertama, Sze Fei-Izzuddin cuba bangkit apabila berjaya mendahului pada set kedua, namun lawan mereka pantas mengejar sebelum menoktahkan perlawanan dengan kemenangan bergaya.

Lebih memeritkan, kekalahan itu menyaksikan takhta ranking nombor satu dunia milik Sze Fei-Izzuddin dirampas Won Ho-Seung Jae.