
BANGKOK: Chef de Mission (CDM) Malaysia, Nurul Huda Abdullah, menegaskan situasi semasa dalam pemantauan pihaknya, berikutan krisis Thailand-Kemboja kembali memuncak selepas serangan udara di sempadan kedua negara itu pada awal pagi
Ketika pihak tuan rumah memberi jaminan kawasan yang terbabit dengan penganjuran Sukan SEA berada dalam situasi yang baik, Malaysia tetap serius dengan kepentingan keselamatan atlet dan pegawai yang kini berada di Thailand.
Kontinjen negara bekerjasama dengan Kedutaan Malaysia di Thailand, tidak menolak bakal ada keputusan drastik jika keadaan semasa memerlukan tindakan segera.
“Kami sedar dengan situasi itu, dan sedang berhubung rapat dengan pihak kedutaan.
“Jika ada isu yang akan memberi impak besar, kami akan segera mengambil tindakan. Kami akan terus menunggu perkembangan selanjutnya,” katanya.