
KUALA LUMPUR: Speedy Tigers dikejutkan oleh jaringan awal Austria menerusi penalti stroke tetapi bangkit menundukkan lawan 6-1 dalam aksi pertama Kumpulan B kempen Kelayakan Piala Dunia Hoki 2026 di Ismailia.
Tersentak dengan gol penalti stroke oleh Fulop Losonci seawal minit ketiga.
itu, anak buah Sarjit Singh bangkit menyusun serangan dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-24 menerusi jaringan padang Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal.
Hanya beberapa saat kemudian, Shello Silverius menambah gol kedua juga menerusi jaringan padang untuk meletakkan Malaysia di depan sebelum tamat separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, Speedy Tigers terus mengasak dan memperkukuhkan kedudukan hasil pukulan sudut penalti disempurnakan Norsyafiq Sumantri pada minit ke-34.
Azrai sekali lagi mencuri tumpuan apabila meledak gol kedua peribadinya pada minit ke-44 sebelum Mohamad Akhimullah Anuar Esook melengkapkan kemenangan bergaya dengan jaringan padang pada minit ke-52 dan jaringan daripada pukulan sudut penalti oleh Marhan Jalil (m-57).
Keputusan itu meletakkan Malaysia dalam kedudukan baik untuk memburu slot ke separuh akhir, dengan tiga mata penting berjaya diraih dalam aksi pembukaan.