Sofea Ungguli Cabaran Muay Thai

Foto Sofea Aressa

Atlet Sukan Malaysia (Sukma) Johor, Sofea Aressa Mohamad Hairul, membuktikan kehebatannya apabila menewaskan atlet China, Victoria Blicze di kejohanan Cabaran Muay Thai Antarabangsa Negeri Sembilan 2025 di Sendayan, baru-baru ini.

Atlet 16 tahun itu mengenepikan cabaran lawannya dengan keputusan 3-0 bagi kategori 54/57 kilogram untuk membawa pulang hadiah trofi, pingat dan wang tunai RM400.

“Blicze beri tentangan sengit sepanjang pertarungan tetapi saya dapat bertahan dan mengawal keadaan gelanggang dengan baik hingga berjaya menewaskannya 3-0,” katanya.

Kemenangan itu adalah kejayaan peringkat profesional pertama Sofea sejak bergiat dalam sukan muay thai lima tahun lalu.