Skuad utama MU ke Bukit Jalil

Foto Beritaharian

Manchester United (MU) berjanji akan membawa pasukan utamanya untuk perlawanan menentang Asean All Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil 28 Mei nanti.

Ini bermakna peminat bolasepak akan berpeluang menonton pemain seperti Bruno Fernandes, Andre Onana, Harry Maguire, Amad Diallo dan Rasmus Hojlund beraksi.

Pengendali MU, Ruben Amorim mengesahkan pasukan itu bakal membawa keseluruhan pemain utamanya, yang akan beraksi di pentas final Liga Eropah 21 Mei, ke Kuala Lumpur.

.”Kami akan bawa semua pemain. Ini salah satu cara kami berhubung semua dengan penyokong,” katanya.

Menurutnya, ia bukan sekadar tuntutan komersil tetapi sebagai simbol penghargaan kepada peminat setia walaupun prestasi kelab itu merudum musim ini.