Sivasangari juara skuasy Terbuka Australia

Foto NSTP

KUALA LUMPUR: S Sivasangari menewaskan pemain Amerika Syarikat, Marina Stefanoni 3-0 (11-7, 11-4, 11-8) dalam aksi final yang berlangsung selama 28 minit di South Bank Piazza, Brisbane untuk muncul juara Terbuka Australia.

Kemenangan itu menamatkan kemarau gelaran Sivasangari selama 13 bulan.

Kali terakhir Sivasangari menjulang gelaran adalah di Cincinnati Gaynor Cup pada Februari tahun lalu.

Diletakkan selaku pilihan utama kejohanan skuasy itu, Sivasangari mempamer ketenangan sepanjang perlawanan sebelum mencatat kemenangan mutlak.

Kemenangan itu turut menyaksikan pemain ranking keenam dunia berkenaan mengekalkan rekod kemenangan ke atas Stefanoni yang kini menghuni ranking ke-19 dunia, selepas tiga pertemuan.