Seri 1-1 Dengan Cape Verde, Harimau Malaya Mengaum

Foto Bernama

Mencatat keputusan seri 1-1 dengan pasukan ranking ke 72 dunia, Cape Verde adalah pencapaian yang dibanggakan meskipun Harimau Malaya ketinggalan seawal minit ke-8.

Menurunkan tujuh pemain tempatan dalam kesebelasan utama, skuad negara bergelut dengan benteng pertahanan Cape Verde yang kebal. Penjaga golnya, Josimar Dias juga bermain dengan cukup kemas.

Cape Verde membuktikan mengapa mereka dalam kolompok ranking 72 dunia apabila Sidney Lopes Cabral merembat kencang pada minit kelapan untuk gol pasukannya.

Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovksi, menukar beberapa pemain dan ini menampakkan impak apabila Paulo Josue menyamakan kedudukan minit ke-79 setelah menerima umpanan Quentin Cheng.