Serangan Siber ke atas Pangkalan Data FAM

Foto CMS FAM

KUALA LUMPUR: Keselamatan data dan rekod statistik bolasepak Malaysia terjejas apabila sistem pengurusan laman sesawang rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), iaitu Competition Management System (CMS FAM), digodam

Serangan siber itu dipercayai bermula semalam. Akses ke portal berkenaan kini disekat sementara bagi tujuan keselamatan dan penyiasatan lanjut oleh pasukan teknikal FAM.

CMS FAM adalah platform penting yang menyimpan pelbagai maklumat rasmi termasuk rekod pemain, statistik perlawanan, pendaftaran pasukan dan dokumen pertandingan di bawah kelolaan FAM.

Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh FAM setakat ini.

Insiden itu berlaku ketika badan induk bola sepak negara itu mengadapi tekanan susulan isu penggantungan beberapa pemain warisan oleh FIFA.

Ancaman siber ini menjadi satu lagi ujian getir terhadap keutuhan pentadbiran dan pengurusan teknikal FAM.

Difahamkan penggodam sempat menuntut bayaran mencecah $7,000 (RM29,500) sebelum ia tiada lagi dalam carian.

Mesej pengodam itu berbunyi: “Kenapa anda semua bdh? Anda semua main bola atau main kad pengenalan (IC) palsu? Adoi, apa hal pula mahu libatkan Indonesia? FIFA hukumlah FAM, bukan PSSI…”