Sepang akan ada litar drag tahun depan

Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Bertujuan memperkukuh pembangunan sukan permotoran negara, sebuah litar drag dirancang dibina di Sepang pada tahun depan, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim.

Menurutnya, projek itu akan dilaksanakan dengan peruntukan RM2 juta menggunakan dana dalaman Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

“Jika berjaya, ia boleh dilaksanakan di tempat lain,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang mahu kementerian mempertimbangkan pembinaan litar untuk pembangunan sukan permotoran di peringkat akar umbi pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab soalan asal Ismail Sabri mengenai pendirian kementerian terhadap cadangan kerajaan terdahulu berhubung pembinaan litar drag sekurang-kurangnya sebuah di setiap negeri, selari dengan sokongan diberikan kerajaan hari ini terhadap penganjuran Himpunan RXZ Members, Adam Adli berkata perkara itu perlu diteliti dengan lebih mendalam sebelum dilaksanakan.

Beliau berkata projek berkenaan akan dilaksanakan dengan peruntukan RM2 juta menggunakan dana dalaman Litar Antarabangsa Sepang (SIC).